Wednesday, 8 August 2012

Fazkuru 1


Kisah pemotong kayu dan sebilah kapak.


Ambil pengajaran dari kisah ni, walaupun kita x pasti sahih atau tak kisah ni, 
tapi kita boleh ambil pengajaran darinya
Ada seorang lelaki yang sangat kuat, rajin. dan bertubuh sasa memohon kerja sebagai
pemotong balak.
melihat susuk tubuhnya yang sasa, dengan usianya yang masih muda maka dia telahpun 
mendapat pekerjaan itu.
dia telah di beri gaji yang lumayam\n di tambah mendapat kediaman khas pekerja.

Dia hanya dibekalkan dengan sebilah kapak, pada hari pertama sahaja dia dapat 
memotong 18 pokok.majikannya sangat impress dengan prestasi dia
si pemotong tersebut sangatlah gembira.
hampir sepenuh masanya di peruntukkkan untuk memotong pokok
namun jumlah pokok yang berjaya di potong semakin berkurang dari hari ke hari
maka dia pun berjumpa lah dengan majikannya dan memohon maap
"mesti saya dah tak kuat lagi untuk memotong kayu" kata pemuda
"kenapa kamu kata begitu" tanya majikannya 
"jumlah kayu yang saya berjaya potong semakin berkurang dari hari ke hari sedangkan saya dah peruntukkan masa yang lebih untuk memotong, saya telah pulang lewat namun jumlah pokok bukan sahaja tidak bertambah malah berkurang" jawa pemuda tersebut.
melihatkan hal tersebut,maka termenung seketika majikan si pemotong tadi, 
selepas hampir 5 minit, bertanya lah majikan tersebut kpda majikannya
"bilakah kali terakhir kamu mengasah kapak tu?" tanya majikan itu sambil menuding jari telunjuknya ke arah kapak yang berada pada tangan pekerjanya
 "saya tidak pernah mengasah kapak ini,di sebabkan tiada masa.saya sangat sibuk dengan memotong.maafkan saya tuan" jawab pemuda tersebut sambil tertunduk malu.
Sebagai iktibar:
kadangkala yang kita jangkakan masalah bukan masalah, kita terlalu bersemangat melakukan kerja mentarbiah orang sehinggakn kita terlupa perihal diri kita.
apa yang kita jangkakn penyelesaian bukan penyelesaian hakiki. alasan yang kita berikan bukan
sebenar benar alasan.
Inilah realiti kehidupan kita, justeru kita lah yang mampu mengubahnya bukan orang lain 
yang akan mengubah kita. 


No comments:

Post a Comment