Monday, 13 August 2012

fazkuru 2

Ustaz Pahrol Muhd Juoi

Alhamdulillah selesai sudah tazkirah yang di berikan oleh ustaz.
seronok sangat dapat dengar tazkirah ustaz
mmg "beduk di ketuk'".
menusuk nusuk dalam hati walaupun ustaz tidak bercakap dalam nada yang tinggi untuk menegaskan
perkara tersebut,
namun ia cukup bermakna
betullah kata orang kalau kita sampaikan sesuatu dari lubuk hati kita yang dalam
orang yang mendengar pun akan menerima daripada hati.
perkara tu akan masuk terus ke hati
 
di sini ada beberapa point2 pnting yang boleh di highlightkan untuk renungan bersama

@hukum hakam Allah bukan satu sekatan tetapi satu kawalan
@orang yang bertakwa akan berjalan berhati hati dalam kehidupan ini supaya dia tidak terlanggar satu pon perintah/larangan Allah. samalah seperti seseorang yang berjalan ketika di letakkan duri yang bertaburan di hadapannya pasti dia akan berjalan berhati hati
@jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu
@Allah akan mnjadi pembela kpda orang2 yang bertakwa
@hidup kita ini to solve problem, we started with crying and we last with crying.
@"sungguhnya orang yang bertakwa di sisi Allah adalah orang yang bertakwa di sisi kamu"
270 kali Allah telah menyebut soal takwa dalam al quran
@seseorang telah bertanya pada Rasulullah SAW. di manakah takwa 
Rasulullah menjawab "التقوى ها هنا" sambil menunjukkan jarinya pada dada kita tak dapat nak tahu setakat mana takwa kita 
@ Takwa nilai manusia di sisi Allah'
akhlak nilai manusia di sisi manusia
kedua duanya punya hubungan
jika habluminallah elok maka habluminannas pasti elok juga
@imam syafie kata akhlak ialah dorongan dalam hati yang melahirkan perlakuan baik dengan mudah tanpa melibatkan pertimbangan akal dan fikiran (secara automatik) cthnya jika dia nak puasa sunat x de fikir hari ini ade apa erk? ade orang nak belanja aku makan x?then kalau x de baru nak puasa. 
@di malam terakhir 10 ramadhan rasulullah berkata akan di utuskan malaikat2 datang pada malam lailatul qadar 
@ tanda al-qadr itu ada pada diri
-apabila dia berdoa maka dia yakin yang Allah akan memakbulkan doanya
-tiada hasad, hasad-apabila dia nampak nikmat pada orang dia nak nikmat itu segera hilang
@ piawaian manusia - gembira dengan kegembiraan orang dan sedih dengan kesedihan orang

'jadilah hamba Allah jangan jadi hamba ramadhan,agama "-kata Prof Dr Qardhawi
@jangan mngharapkan apa2 daripada manusia melainkan doa dan ilmu
@kegagalan adalah yuran untuk kejayaan yang lebih besar
@orang yang perlu kita maafkan ialah maafkan diri sendiri 

Wednesday, 8 August 2012

Fazkuru 1


Kisah pemotong kayu dan sebilah kapak.


Ambil pengajaran dari kisah ni, walaupun kita x pasti sahih atau tak kisah ni, 
tapi kita boleh ambil pengajaran darinya
Ada seorang lelaki yang sangat kuat, rajin. dan bertubuh sasa memohon kerja sebagai
pemotong balak.
melihat susuk tubuhnya yang sasa, dengan usianya yang masih muda maka dia telahpun 
mendapat pekerjaan itu.
dia telah di beri gaji yang lumayam\n di tambah mendapat kediaman khas pekerja.

Dia hanya dibekalkan dengan sebilah kapak, pada hari pertama sahaja dia dapat 
memotong 18 pokok.majikannya sangat impress dengan prestasi dia
si pemotong tersebut sangatlah gembira.
hampir sepenuh masanya di peruntukkkan untuk memotong pokok
namun jumlah pokok yang berjaya di potong semakin berkurang dari hari ke hari
maka dia pun berjumpa lah dengan majikannya dan memohon maap
"mesti saya dah tak kuat lagi untuk memotong kayu" kata pemuda
"kenapa kamu kata begitu" tanya majikannya 
"jumlah kayu yang saya berjaya potong semakin berkurang dari hari ke hari sedangkan saya dah peruntukkan masa yang lebih untuk memotong, saya telah pulang lewat namun jumlah pokok bukan sahaja tidak bertambah malah berkurang" jawa pemuda tersebut.
melihatkan hal tersebut,maka termenung seketika majikan si pemotong tadi, 
selepas hampir 5 minit, bertanya lah majikan tersebut kpda majikannya
"bilakah kali terakhir kamu mengasah kapak tu?" tanya majikan itu sambil menuding jari telunjuknya ke arah kapak yang berada pada tangan pekerjanya
 "saya tidak pernah mengasah kapak ini,di sebabkan tiada masa.saya sangat sibuk dengan memotong.maafkan saya tuan" jawab pemuda tersebut sambil tertunduk malu.
Sebagai iktibar:
kadangkala yang kita jangkakan masalah bukan masalah, kita terlalu bersemangat melakukan kerja mentarbiah orang sehinggakn kita terlupa perihal diri kita.
apa yang kita jangkakn penyelesaian bukan penyelesaian hakiki. alasan yang kita berikan bukan
sebenar benar alasan.
Inilah realiti kehidupan kita, justeru kita lah yang mampu mengubahnya bukan orang lain 
yang akan mengubah kita. 


SINGLE OR COUPLE?

SINGLE OR COUPLE?
Dalam kita hidup ini memang menjadi fitrah manusia untuk di cintai dan menyintai
smua manusia ada keinginan itu.
cma cra kita kita menzahirkannya berbeza, ada yang bercouple, ada yg sekadar mendoakna kebahagian orang tu n berdoa agar si dia menjadi jodohnya dan macam2 lagi
"cinta itu laksana embun yang turun dari langit suci dan jernih,cuma tanahnya sahaja yang lain2 menerimanya, jika ia jatuh pada tanah yang gersang, maka tumbuhla oleh kerana embun itu kedurjanaan, tapi kalau jatuhnya pada tanah yang subur, maka akan tumbuhla kesucian hati, kejujujuran, keikhlasan hati dan sifat2 yang terpuji yang lain."-hamka 
Islam datang bukan untuk  menyekat rasa tu.
Dalam al-quran Allah berfirman aku menjadikan manusia itu berbeza beza, lelaki dan perempuan agar mereka saling kenal mengenal. cba kalau kita sepesen je rupa dan bentuk x de beza. mesti la x de variety kn?
tp itu x menjadikan kita boleh melakukan hubungan antara lelaki sesuka hati
ada panduan yang telah di tetapkan syariat islam
hubungan yang haram tadi boleh jadi halal dengan PERKAHWINAN .
perkahwinan tu satu yang suci,qudus
kita nak ke mendapat pasangan yang sisa2 orang.
makanan sisa daripada orang pon kita x nak inikan pula manusia.
makanan terbiar dengan makanan yang bertutup mana satu pilihan kita?
x kan kita nak makanan yang sudah di hinggap lalat kan.
makanan tg dah tercemar,
mesti kita nak makanan yang bersih, kita makan pon x dpat penyakit cirit birit.
cukuplah saya mengumpamakannya dengan makanan
sebabtulah Alquran melarang kita menghampiri zina,
sememangnya jodoh itu perlu dicari
namun sudah bersediakah kita untuk melangkah ke alam itu?
sudah bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab itu?
tepuk dada tanya iman
simpan cinta kita buat yang halal kepada kita
jika kita tida jodoh di dunia, di akhirat pasti ada
ingat jgan sedih is saving us for someone special

Berdoalah dan sediakn diri dengan ilmu2 rumah tangga

:"Peremuan yang jahat itu buat laki2 yang jahat, laki2 yang jahat buat perempuan2 yang jahat,  permpuan yang baik untuk laki2 yang baik, laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik"
ingatla janjin Allah ni Allah tidak pernah mengingkari janjinya





This is my blog!

Alhamdulillah

08.08.12 bersamaan 19 ramadhan 1433 hijriah

IMAN , ISLAM , IHSAN 


Apa yang kita tahu tentang ketiga tiga perkara ini?

atau kita sekadar mengangkat bahu apabila di tanya


  • iman(akidah)-membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan , dan beramal dengan anggota
  • islam- Beerti tunduk dan patuh. Dan menunaikan rukun-rukunnya (lima perkara), iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan.
  • ihsan- kamu menyembah Allah seolah olah kamu melihat Allah sekiranya kamu tidak melihatNya, Allah melihat kamu.

1. Apakah sasaran utama iman kita?
membentuk keperibadian kita. ini dapat di fahami sekiranya kita dapat menyuburkan iman dalam hati.
iman merupakan tonggak risalah nubuwwah
bertitik tolak dari beriman kepada Allah dan rasul n seterunya lah.
- beriman kepada Allah
- beriman kepada malaikat
- beriman kepada kitab
- beriman kepada rasul
- beriman kepada hari akhirat
- beriman kepada qada' dan qadar
pendekatan psikologi ini input kpda 'belief system' seseorang. percaya kpda rukun iman 
akan membentuk satu sistem keyakinan yang unik dalam hati,cthnya merekan akn berasa khauf(takut)
n bmbang terhadap perkara yang tidak di ingini
orang beriman akn melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya

2. Apakah amalan2 yg perlu dilakukan setelah kita beriman kpda rkun2 iman trsebut?

rkun islam menyediakn set2 amlan itu, melalui rkun islam, jika diamalkan dengan betul n niat yg ikhlas akan mendapat impak yg luar biasa.cthnya
   @syahadat-mengesah dan memperbaharui iman
   @solat- mencegah dari kemungkaran  bukankah Allah berfirman dalam Al-quran orang yg berjaya ialah                                                                         orang khusyuk dalam solat
   @puasa- menghasilkan takwa
   @zakat-membersihkan diri dan harta
   @haji-menyaksikan beberapa manfaat untuk beriman

3. Bagaimana pelaksanaannya?
kemuncak kepercayaan dan amalan adalah rasa melihat atau dilihat oleh Allah. itulah ihsan ia adalah ksedaran dalam diri tentang pengawasan Allah

ihsan sebagai output
ia boleh dikesan melalui 3 cara:
1. takwa dengan Allah (habluminallah)
2. hubungan dengan manusia (habluminannas)
3. itqan dalam tugas
maka ini adalah acuan Allah. manusia akan berjaya dunia akhirat jika mengamalkan ini.